PONDOK REMAJA INABAH 2
PONDOK REMAJA INABAH 2
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
“ Ilaahi anta maksudi waridhoka matlubi a’thini mahabbataka wama’rifataka “
TUJUAN
· TAQORRUB TERHADAP ALLAH SWT.
PENDAHULUAN
Pondok Remaja Inabah II adalah sebuah pusat rawatan dan pemulihan dadah persendirian yang menggunakan pendekatan agama berasaskan KEROHANIAN ISLAMIAH.
Program pemulihan disini adalah melalui ibadah harian dan pendidikan keagamaan. Ia bertujuan untuk merawat penyaki hati dan jiwa bagi membentuk peribadi muslim yang muttaqin dan berakhlak. Konsep pemulihan adalah secara proses penyucian jiwa melalui kerohanian Islam dan merupakan suatu alternatif kepada mereka yang menghadapi masalah penyalahgunaan bahan terlarang serta yang memerlukan kaedah rawatan tersebut.
SEJARAH PENUBUHAN
Pondok Remaja Inabah II ditubuhkan pada tahun 1988, pada tahun 1990 ianya berfungsi sebagai produk dibawah naungan YAYASAN SERBA BAKTI NURUL TERENGGANU, beralamat di KM 25, Jalan Kuala Terengganu- Kelantan, Kampung Sungai Ikan, Kuala Nerus. Terengganu. Pada tanggal 30 November 2009, Pondok Remaja Inabah II telah diperakui serta diberi pengiktirafan untuk bergerak sendiri dan didaftarkan mengikut Seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966 dengan nombor pendaftaran 992/93. Ia juga telah didaftarkan dibawah Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 pindaan 1998 (Akta A 1018). Pondok Remaja Inabah II diperakukan sebagai sebuah Pusat Jagaan Lanjutan di bawah penyeliaan Agensi Anti Dadah Kebangsaan.
Pondok Remaja Inabah II telah diasaskan oleh Almarhum Ustaz Haji Mohd Usman bin Haji Abd Latif yang merupakan seorang bekas guru di Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Undang – undang dari Universitas Islam Nusantara, Bandung, Jawa Barat, Indonesia.
MATLAMAT
Untuk melaksanakan tanggungjawab kepada Agama, Bangsa dan Negara, pihak Pondok Remaja Inabah II (PRI II) mempunyai dua matlamat yang perlu dicapai, diantaranya adalah seperti berikut :
1. Untuk melahirkan insan kamil yang menggunakan prinsip 5B iaitu, BERILMU, BERAMAL, BERIMAN, BERTAQWA DAN BERJIHAD.
2. Untuk membantu kepada sesiapa sahaja rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan dan ingin menurut serta dan bersama – sama menuju ke jalan yang diredhoi Allah SWT.
3. Membantu merawat dan memulihkan individu yang terlibat dalam penyalahgunaan narkotik dan ubat – ubatan terlarang serta penyakit hati dan jiwa.
4. Memberi kekuatan kepada Anak Bina untuk kembali hidup bermasyarakat.
5. Menguatkan keyakinan serta menghakis pemikiran dan mentaliti Anak Bina agar bebas dari ketagihan segala jenis bahan – bahan terlarang.
MODUL PEMULIHAN
Pengenalan Teori Terhadap Metoda Inabah
· Metoda Inabah, baik dari segi teori atau praktik adalah didasarkan daripada Al-Quran, hadith dan ijtihad para ulama yakni seperti berikut : Pesakit dari penyalahgunaan dadah adalah bertalian dengan tabiat penyakit kenakalan remaja dan juga pelbagai bentuk penyakit kerohanian diketegorikan dan dianggap sebagai orang yang berdosa kerana melakukan maksiat Maka orang – orang yang berdosa hendaklah bertaubat iaitu meninggalkan maksiat yang dilakukan dengan penuh penyesalan dan kembali kepada ketaatan kepada perintah Allah dan Rasul-Nya. Serta disusuli dengan niat dan azam yang kuat untuk meninggalkannya buat selama – lamanya.
· Pertama – tamanya anak bina disuruh berniat taubat. Seterusnya anak bina akan dimasukkan kebilik pengasingan / Detoksifikasi selama 7 hingga 14 hari. Pembimbing – pembimbing akan memberi tazkirah dan motivasi kepada anak bina sewaktu proses detox dilakukan. Setelah tamat proses detoksifikasi, Tahallul akan dilakukan iaitu membuang rambut yakni membotakkan kepala.
· Setelah itu anak bina perlu di talqin oleh Guru atau wakil talqin yang ditauliahkan guru. Disini guru yang dimaksudkan adalah Profesor Madya Dr. Ustaz Abdul Manam bin Mohamad.
Berikut adalah proses rawatan / amalan yang perlu dijalankan oleh setiap anak bina.
· Mandi Taubat / Hydrotheraphy
· Solat (Fardhu dan Sunat)
· Zikir
· Majlis Ilmu
· Khidmat / aktiviti.
Mandi Taubat
· Di anggapkan anak bina ini sebagai seorang pemabuk, perlu disadarkan melalui mandi. Mandi ini adalah sebahagian daripada bersuci (Thaharah). Bersuci disini mengandungi pegertian bahawa anak bina diperlukan supaya ia benar suci yang dimulakan dengan niat mandi taubat dengan menyucikan badan, pakaian, tempat tinggal dan segala yang digunakan dalam menempuh hidupnya, termasuk Qalbu, jiwa, akal dan rasa. Seperti singkatnya bersih zahir dan batin. Di dasari dari surah Al-Quran, Surah Al-Kautsar ayat 2-3, Al-Maidah ayat 8 yang membawa erti segala bentuk ibadah dalam Islam dilakukan dalam keadaan suci. Secara psikologis, setiap bahagian tubuh yang suci mempunyai erti simbolik dan psikodinamik yang dalam. Erti simbolik seperti berwudhu, mencuci muka, adalah bahagian tubuh yang paling perlu dalam kehidupan sehari-hari sebagai membersih jiwa. Bahagian lengan sebagai membersih keinginan jiwa. Kepala sebagai akal pencetus ide dan kaki sebagai salah satu pelaksana keinginan jiwa. Sementara erti Psikodinamik terhadap perubahan tingkah laku yang akan selalu di dasari dengan kesucian jiwa.
· Mandi taubat adalah satu penggamalan yang sangat – sangat diberatkan di Pondok Remaja Inabah kerana ianya asas utama dan mampu memberi kekuatan lahiriah dan bathiniah, disamping seseorang itu dapat mengendalikan kesabaran diri dan hawa nafsu yang sentiasa mendorong manusia kearah kemurkaan Allah SWT.
· Bacaan semasa mandi taubat adalah “Robbi anzilni munzalan mubarokan waanta khoirul munzilin” (Surah Al-Mukminun ayat 29). Bacaan itu, dibacakan sebanyak 40 kali mohon kepada Allah SWT agar tubuh badan ini di beri barokah dan ditempat kan di tempat yang sepatutnya. Mandian ini di amalkan setiap akhir malam atau awal pagi pada jam 4.30 pagi sebelum subuh.
Solat Fardhu Dan Solat Sunat
· Methoda yang kedua ini sangat penting bagi memastikan anak bina dapat berhubung terus dengan Allah SWT. Solat yang sempurna sesungguhnya dapat mencegah dari perbuatan Fasyak dan Mungkar. Pondok Remaja Inabah menggariskan bahawa selain dari 5 waktu solat Fardhu ditambah lagi dengan 4 waktu yang diwajibkan menjadi 9 waktu iaitu Sunat Tahajjud, Dhuha, Mutlaq dan Ba’diyah Maghrib. Semua anak bina diwajibkan melakukan amalan solat sunat ini sama ada berjemaah atau sendiri.
· Diantara solat Sunat yang lain yang dilakukan di Pondok Remaja Inabah ialah Tahiyatul Masjid, Syukrul Wudhu’, Qabliyah dan Ba’diyah, Sunat Taubat, Sunat Tasbih, Sunat Hajat, Sunat Witir dan lain – lain.
· Sesungguhnya anak – anak bina Pondok Remaja Inabah sentiasa mendapat peluang berjemaah dalam Solat Fardhu terutama bersama – sama Imam dalam takbir yang pertama selama dia berada dalam Pondok Remaja Inabah atau paling tidak berjemaah bersama Imam selama 40 hari (200 waktu) yang berturut – turut.
Zikir
· Anak bina yang dianggap sadar dan siap untuk melanjutkan proses perawatan. Ia itu proses berzikir. Proses ini dimulai dengan talqin zikir. Dasar teorinya diambil daripada AlQuran dan Hadiths. Dasar dari Al-Quran adalah ayat yang berbunyi “…. Wa alzamahum kalimat al-taqwa…” Kalimah al-taqwa ini bererti “Laa ilaha illa allah” dengan syarat diambil dan diterima daripada hati yang bersih, bukan kalimah yang di dengar dan diterima daripada mulut orang awam. Dalam hal ini di syaratkan kalimah tersebut diajarkan oleh seorang guru mursyid yang salasilahnya bersambung hingga kepada Rasulullah saw. Perlunya talqin dari seorang mursyid adalah kerana fungsi talqin ada lahiriah tentang kalimah taqwa bagi anak bina sesuai dengan petunjuk Al-Quran dari Surah Al-Soffat (37:35) dan yang keduanya untuk memberi kan pengetahuan yang hakiki tentang kalimah taqwa, seperti petunjuk Al-Quran Surah Muhammad (47-19). Hembusan Talqin Kalimah Taqwa hendaklah dihembus pada qalbu kerana qalbu adalah pusat yang menetukan sihat atau tidaknya jasad sebagaimana dinyatakan dalam hadith: “Ala inna fi al-jasad kulluh ala wa hiya al-qalbu” (Hadith Muttaq’alaih).
Majlis Ilmu
· Penekanan terhadap ilmu agama terutama Fardhu Ain dalam semua bidang ilmu ( Fekah, Tauhid, Tassawuf dan Al-Quran Tajwid). Ini dipenuhi dengan program kuliah yang diisi tenaga pengajar dari dalam dan luar pondok. Anak Bina wajib mengikuti Kuliah Maghrib, Kuliah Subuh, Waktu Dhuha dan selepas makan tengahari.
· Pada setiap minggu akan diadakan Majlis Khataman, pembacaan wirid khusus akan diadakan selepas solat maghrib hingga masuk solat Isyak dan diakhiri dengan majlis ilmu yang ringkas.
Khidmat Aktiviti
· Pihak pengurusan sentiasa merancang dan mengadakan program khidmat masyarakat bagi anak – anak bina Pondok Remaja Inabah II. Aktiviti dijalankan selepas perbarisan pagi meliputi latihan bekerja, membersih kawasan, landskap, ternakan, latihan masakan, kedai runcit dan sebagainya.
· Namun begitu masyarakat setempat tidak diabaikan, pihak pengurusan Pondok Remaja Inabah II bersama – sama anak bina turut menyertai program khidmat masyarakat seperti :
i. Program Gotong – royong membersih kawasan kubur dan tempat – tempat awam, balai polis dan sekolah.
ii. Membantu dalam aktiviti khidmat masyarakat seperti kematian, majlis perkahwinan dan majlis Maulidur Rasul, bertahlil, cukur rambut serta Program Hari Raya dalam kelompok komuniti setempat.
AKTIVITI HARIAN/ KORIKULUM INABAH
Jam 3.30 pagi
Amalan setelah bangun tidur (berdoa)
“ Alhamdulillahi ladzi ahyana ba’dama amatana wa ilaihin nusyur”.
(Mandi Taubat)
Mandi air sejuk sebanyak 40 gayung. Beserta membaca doa bagi setiap gayung.
Jam 4.30 pagi
Solat Sunat Syukrul Wudhu 2 Rakaat
Solat Sunat Tahyatul Masjid 2 Rakaat
Solat Sunat Taubat 4 Rakaat, 2 salam
Solat Sunat Hajat, 2 Rakaat
Solat Sunat Tahajjud 12 Rakaat, 6 salam
Solat Sunat Tasbih 4 Rakaat , 2 salam.
Solat Sunat Witir 3 Rakaat 2/1, 2 salam.
- Mengerjakan Zikir selepas solat fardhu
- Zikir “ Laa Ilaaha Ilallaah” sehingga sebelum masuk waktu Subuh.
Jam 5.30 pagi
Solat sunat Subuh 2 Rakaat
Solat Sunat Lidafil Bala’ 2 Rakaat
Solat Fardhu Subuh 2 Rakaat
Mengerjakan Zikir selepas solat fardhu
Zikir “ Laa Ilaaha Ilallaah” 1 jam,
Wirid “Khataman”
Jam 7.00 pagi
Solat Sunat Israq 2 Rakaat
Solat Sunat Isti’azah 2 Rakaat
Solat Sunat Istikarah 2 Rakaat
(REHAT)
Jam 9.30 pagi
Amal Bakti / Khidmat Masyarakat
Jam 11.00pagi – 12.30tgh
Solat Sunat Dhuha 8 Rakaat 4 salam
Solat Sunat Kafaraotil Baoli 2 Rakaat
(REHAT)
Jam 1.00 Tgh
Solat Sunat Qabliah Zuhur 2 Rakaat
Solat Fardhu Zuhur 4 Rakaat
Mengerjakan Zikir selepas solat fardhu
Zikir “ Laa Ilaaha Ilallaah” 165 kali (atau lebih)
Solat Sunat Ba’da Zuhur 2 Rakaat
Ta’lim ( bacaan kitab hadith)
Jam 2.30 – 3.30
(Kelas Al – Quran / Fardhu Ain) – SETIAP HARI ISNIN, SELASA & RABU
Jam 4.00 petang
Solat sunat Asar 2 Rakaat
Solat Fardhu Asar 4 Rakaat
Mengerjakan Zikir selepas solat fardhu
Zikir “ Laa Ilaaha Ilallaah” 165 kali (atau lebih)
Jam 5.00 – 6.00 petang
(Beriadhah/ Senaman)
(REHAT)
Jam 7.00 malam
Solat Sunat Qabliah Maghrib 2 Rakaat
Solat Fardhu Maghrib 2 Rakaat
Mengerjakan Zikir selepas solat fardhu
Zikir “ Laa Ilaaha Ilallaah” 165 kali (atau lebih)
Solat Sunat Ba’da Maghrib 2 Rakaat
Solat Sunat Awwabim 6 Rakaat 3 Salam
Solat Sunat Taubat 2 Rakaat
Solat Sunat Birrul Walidaini 2 Rakaat
Solat Sunat Lihifdhil Iman 2 Rakaat
Solat Sunat Lisyukri Nikmat 2 Rakaat
Jam 8.00 malam
Solat Sunat Qabliah Isyak 2 Rakaat
Solat Fardhu Isyak 4 Rakaat
Solat Sunat Ba’da Isyak 2 Rakaat
Mengerjakan Zikir selepas solat fardhu
Zikir “ Laa Ilaaha Ilallaah” 165 kali (atau lebih)
Jam 10.30 malam
Solat Sunat Syukrul Wudhu 2 Rakaat
Solat Sunat Mutlaq 4 Rakaat
Solat Sunat Istikarah 2 Rakaat
Solat Sunat Hajat 2 Rakaat
Jam 11.00 malam
(Masuk Tidor)
Amalan setelah solat sebelum tidor (berdoa)
(Kepala miring ke kanan, tangan kanan diletak dibawah pipinya dan membaca
(“Bismikallahumma ahyaa wa’ amutu”)
Zikir “Ya Latif-Ya Latif”
Sampai tertidur
GAMBAR KAWASAN DAN FASILITI
Comments
Post a Comment